Jersi TFC musim 2021.

KUALA LUMPUR – Syarikat sukan popular tempatan, Al-Ikhsan Sports mengesahkan lebih 5,000 helai jersi Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) telah terjual sejak hari pertama jualan jersi baharu itu dibuka semalam.

Jersi TFC musim 2021 dilihat menggunakan reka bentuk yang berbeza berbanding sebelumnya dan jersi ‘Away’ dilaporkan paling laris ibarat pisang goreng panas kerana menggunakan warna yang cukup menawan.

Ditambah pula dengan unsur tambahan warna emas pada kekemasan baju sudah cukup untuk menjadikan jersi ini sebagai antara ‘Jersi wajib dimiliki’ oleh para penyokong setia TFC.

Jersi ‘Home’ TFC pula mengekalkan warna putih sebagai warna rasmi pasukan itu tetapi tetap ditambah dengan beberapa elemen menarik yang cukup eksklusif.

Penggunaan unsur jalur klasik pada jersi utama pasukan TFC menampilkan kelainan dengan jalur tersebut adalah merupakan permukaan (texture) kain dan bukannya menggunakan teknologi cetakan sublimition.

Ia boleh dikatakan rekaan eksklusif dengan unsur ‘vintage’ pastinya membuatkan para penyokong dan peminat pasukan TFC tidak sabar untuk memiliki jersi baharu pasukan TFC ini.

Secara kasarnya, lebih RM500,000 hasil jualan telah berjaya direkodkan sejak hari pertama penjualannya.  Jersi pasukan TFC ini boleh mula didapati di semua outlet Al-Ikhsan terpilih dan juga di TFC Merchandise Store.

Malah, kuantiti jersi TFC juga terhad ketika ini kerana mendapat permintaan tinggi daripada para peminat bola sepak tempatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast