MGNews : Cuaca Panas, Berangin Burukkan Keadaan – Hee Loy Sian

Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan usaha untuk memadam kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS) dapat diselesaikan antara empat hingga enam minggu akan datang.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian bagaimanapun berkata, operasi pemadaman itu bergantung kepada keadaan cuaca semasa.