MGNews Eksklusif : Atasi Segera Birokrasi Pendidikan Ketika Pandemik – Mahadzir Khalid

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahadzir Khalid adalah mantan Menteri Pendidikan. Sebelum aktif dalam politik, beliau pernah berkhidmat sebagai guru sebelum menjawat jawatan pengetua di salah sebuah sekolah menengah di Sabah.

Ahli Parlimen Padang Terap ini baru-baru ini berkongsi isi hatinya mengenai isu yang mewarnai dunia pendidikan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Beliau juga berkongsi misi dan visinya bila dilantik sebagai pengerusi syarikat utiliti terbesar negara ini.