Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang kini menghilangkan diri membuat kejutan apabila mengaku tidak mahu menjadi seorang muslim.

Menerusi video baharu yang tular itu, Muhammad Sajjad turut bersumpah demi namanya, ayah dan ibunya untuk tidak lagi menjadi orang Islam.

“Lepas JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” katanya menerusi video tersebut.

Untuk rekod, polis kini sedang dalam usaha untuk mengesannya selepas JAIS membuat laporan polis.

Sebelum itu, JAIS pada 27 Februari lalu telah membuat serbuan ke rumah Muhammad Sajjad namun gagal menemukan usahawan tersebut yang disyaki bersembynyi di tempat lain.

Sementara itu, ini bukanlah kali pertama Muhammad Sajjad. membuat pengakuan untuk tidak lagi bergelar seorang Muslim.

Malah, sebelum ini dia pernah memberitahu ingin keluar dari Islam selepas videonya memakai bikini dan menampakkan pinggulnya telah dikecam netizen. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Masalahnya hang tu tkmau hidup dgn identiti sebenaq.. Dari awal lgi diri hang tu bercelaru…
    Klau hang hidup dgn identiti sebenaq hang tk jadi mcmni.

  2. Keluar Islam tapi salahkan JAIS.
    JAIS bertindak kerana kamu pergi Mekah buat perkara tak senonoh.
    Inilah manusia yang patut ditahan dan dimasukkan dalam wad gila.

  3. Sajatpreet kalau murtad nanti menyamar sebagai Indonpreet yang jodohnya Kelingpreet.

Comments are closed.