Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukarkan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada PKP Bersyarat mulai 5 hingga 18 Mac ini.

Berikutan itu, kini tiada lagi negeri yang tertakluk di bawah pelaksanaan PKP.

Kedah, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan, Sarawak kekal dengan status PKPB manakala Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Putrajaya dan Labuan pula dikuatkuasakan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula dikuatkuasakan di bagi tempoh yang sama.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas melihat tren kes harian Covid-19 dan kebolehjangkitan semakin menurun.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes Covid-19 menunjukkan tren penurunan, begitu juga kadar kebolehjangkitan juga menurun daripada 1.2 kepada 0.8 peratus selain daripada itu kes kluster dan sporadik dan kes dalam komuniti didapati menurun,” katanya pada sidang media hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa pergerakan rentas daerah dalam negeri dibenarkan, kecuali Sabah.

“Sabah sebab ia negeri luas dari satu daerah ke daerah lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Untung jadi YB2 boleh merentas negari jika dibandingkan rakyat biasa.
    Nanti PRU15 harap ramai yg mencalonkan diri supaya lebih ramai bertanding dalam setiap Dun atau Parlimen maka demokrasi lebih hidup ..

  2. Rentas negeri tak dibenarkan kecuali Timbalan Menteri dan keatas..boleh rentas negara! ye lahh..YB ada family utk diziarahi..rakyat biasa mana ada mak bapak kan..sop senang jaa..tulis surat kat PM..boleh rentas negara…haaaa..kartun!

Comments are closed.