Sekumpulan lelaki mengamuk di restoran daun pisang terkemuka di Brickfields dalam kejadian 10 malam tadi

KUALA LUMPUR – Dua lagi suspek lelai yang mengaku terlibat dalam pergaduhan sekumpulan individu di sebuah restoran di Brickfields pada 28 Februari lalu ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Anuar Omar berkata, kedua-dua suspek ditahan di rumah masing-masing pada Isnin dan Selasa lalu.

Katanya, bertindak atas maklumat bersabit insiden itu, Inspektor Ahmad Souffi Mohd Shaffei yang mengetuai Bahagian Siasatan Jenayah D9 pergi ke rumah suspek sebelum menahan seorang suspek lelaki berusia 24 tahun pukul 5. 16 petang Isnin lalu.

“Suspek beralamat di Flat Taman Kuchai Jaya Jalan Kuchai Lama dan ditahan untuk membantu kes gaduh itu.

“Justeru pasukan kami bergerak ke satu lagi rumah di alamat Projek Perumahan Rakyat Raya Permai Kampung Malaysia Permai.

“Disitu kami telah menahan seorang lagi suspek lelaki iaitu pemuda berusia 25 tahun juga warga tempatan,” katanya dalam kenyataan kejayaan itu.

BACA: Remaja 19 tahun antara lima ditahan kes mengamuk di restoran

Tambah Mohd Anuar, kedua-dua lelaki itu kemudian mengaku terlibat dalam pergaduhan dengan pekerja Restoran Sri Paandi dalam kejadian pada Ahad lalu.

“Setakat ini jumlah keseluruhan suspek yang ditahan dalam kes ini adalah seramai sembilan orang. Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata dan proses reman akan menyusul ke atas mereka selepas ini,” ujarnya.

Pada kejadian 10 malam Ahad lalu, pemilik restoran enggan mengambil pesanan kerana restoran dikemas untuk menutup operasi, sekumpulan 11 lelaki tempatan mengamuk sehingga membaling kerusi dan menyerang pemilik restoran.-MalaysiaGazette