JALALABAD – Tiga petugas media wanita yang bekerja dengan sebuah stesen televisyen di Afghanistan maut ditembak dalam konflik perang di negara itu semalam.
Pengarah Ekinass Televisyen (TV), Zalmai Latifi berkata, tragedi itu berlaku ketika ketiga-tiga mangsa pulang dari pejabat.
“Kesemua mangsa adalah berusia 18 hingga 20 tahun,” katanya.
Sementara itu, Associated Press berkata, salah seorang mangsa yang bernama Mursal Wahidi diserang oleh lelaki bersenjata manakala dua yang lain yang hanya dikenali sebagai Shahnaz dan Sadia telah terbunuh dalam kejadian berasingan, juga ketika pulang ke rumah,” ujarnya.
Bagaimanapun, pihak polis mengatakan pihaknya telah menangkap lelaki itu yang mengaitkannya dengan Taliban namun kumpulan itu menolak sebarang penglibatan kejadian.
Namun, setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Di Afghanistan, wartawan, cendekiawan agama, aktivis dan hakim menjadi sasaran gerakan pembunuhan politik sejak kebelakangan ini sehingga mencetuskan suasana panik di negara berkenaan serta memaksa ramai orang bersembunyi dan melarikan diri ke luar negara. -MalaysiaGazette
















