Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad bercakap pada sidang media ketika program imunisasi Covid-19 di Hospital UiTM Sungai Buloh. Foto HAFIZ SOHAIMI, 04 MAC 2021.

SUNAGI BULOH – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad tidak akan mengambil vaksin Covid-19 pada fasa pertama.

Ini kerana, beliau mahu mendahulukan golongan barisan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terlebih dahulu menerima vaksin.

“KPT ramai barisan hadapan, kita ada doktor, jururawat, petugas makmal, jadinya saya percaya mereka ini perlu kita utamakan. Sebab hari-hari mereka berdepan risiko kerana berhadapan dengan rakyat, berhadapan dengan pesakit dan segalanya.

“Sebab itulah saya minta mereka ini diberi keutamaan untuk mendapat vaksin.

“Insya Allah saya akan terima vaksin dalam fasa yang seterusnya, tidak ada masalah. Bukan takut, saya bersedia tetapi saya beri keutamaan kepada barisan hadapan KPT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media, selepas melawat Program Imunisasi Covid-19 Hospital UiTM di Sungai Buloh pagi tadi.

Turut hadir Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk. Dr. Mohd Azraai Kassim. MalaysiaGazette