ANKARA – Sebuah helikopter tentera terhempas di timur Turki menyebabkan 11 orang terbunuh dan dua lagi mengalami kecederaan, kata Kementerian Pertahanan.

Media melaporkan seorang pegawai tinggi merupakan antara yang terkorban.

Helikopter jenis Cougar terhempas berhampiran kampung Cekmece, berdekatan bandar Tatvan, Bitlis di kawasan yang didominasi kaum Kurdish.

Helikopter itu dalam perjalanan dari wilayah Bingol ke Tatvan apabila pihak berkuasa terputus hubungan dengannya pada jam 2.25 petang waktu tempatan, kata kementerian itu.

Mangsa termasuk komandan tentera, Leftenan Jeneral Osman Erbas, kata pemimpin parti nasionalis utama Turki, Devlet Bahceli, dalam akaun twitter.

Sembilan mangsa mati di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa yang parah meninggal dunia di hospital, kata para pegawai.

Kementerian itu menyifatkan insiden tersebut merupakan satu kemalangan, namun tidak diketahui punca kemalangan.

Rangkaian televisyen HaberTurk berkata, helkikopter tersebut dipercayai terhempas disebabkan cuaca termasuk salji dan kabus.

Penduduk Cekmece, Davut Bikec merupakan orang pertama sampai di tempat kejadian.

“Salah seorang anggota yang tercedera berada di bawah helikopter tetapi tidak terdapat tindihan yang kuat ke atasya. Saya membersihkan salji di mulutnya supaya dia boleh bernafas.

“Saya bertanya sama ada dia ok dan selepas dia telah pulih sedikit dia berkata: ‘Saya sihat’.

“”Saya mula menggali salji, tangan saya bengkak dan berdarah. Saya, gali, gali, gali dan mengalihkan tentera yang tercedera itu,,” kata Bikec kepada agensi berita, Anadolu.

Lokasi kemalangan ialah di kawasan di mana tentera Turki menentang militan Kurdistan Workers’ Party (PKK) yang diharamkan kerajaan negara itu.

Konflik yang bermula sejak 1984 itu telah membunuh beribu-ribu orang. – MalaysiaGazette