Pfizer-BioNTech Covid-19 vaccine Muhyiddin Yassin National Covid-19 Immunisation Programme
Muhyiddin Yassin PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu keluar daripada ‘perangkap pendapatan sederhana’ (middle income trap), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikutan itu, beliau berkata, Malaysia perlu menjadi sebuah negara pengeksport secara global.

“Berdasarkan sejarah, negara menjadi kaya apabila belajar untuk menghasilkan produk baru yang bernilai tinggi untuk dieksport. Oleh itu usahawan dengan bercita-cita global akan lebih berkembang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian Forum Ekonomi Belia 2021 bertema ‘Dunia Baharu yang Berani’ selama dua hari bermula hari ini.

Menurut Perdana Menteri, dalam masa sama, Malaysia juga perlu mengembangkan keupayaan pembuatan dalam menghasilkan produk yang semakin canggih dan kompleks.

Negara ini, tambahnya, juga perlu mewujudkan syarikat ulti-nasional untuk lebih maju dalam bidang ekonomi kerana pertumbuhan ekonomi menerusi kewujudan syarikat seperti itu adalah tinggi.

“Sebagai contoh, dilaporkan bahawa syarikat gergasi global Samsung dan Hyundai secara kolektif meningkatkan 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Korea Selatan,” ujarnyanya.

Muhyiddin berkata, usaha itu boleh dijayakan dengan peranan penting dimainkan golongan belia sebagai generasi yang dilihat paling berani dalam melakukan inovasi.

Untuk rekod, Forum Ekonomi Belia 2021 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri itu, bermula 5 sehingga 6 Mac 2021. -MalaysiaGazette