MGNews : Suntikan Vaksin Kepada Petugas PKRC 2.0 Berjalan Lancar

Program vaksinasi untuk petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) 2.0 Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini berjalan lancar.

Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Ahmad Sohaib Mohd Dan berkata, program vaksinasi di situ dimulakan kepada petugas yang terlibat sejak Isnin lalu.