Gelagat pemandu teksi menunggu penumpang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggesa semua pemandu yang memenuhi kriteria kelayakan agar segera membuat semakan dan mengemaskini maklumat di portal PERMAI APAD sebelum 12 Mac 2021.

Menurutnya, sehingga 4 Mac 2021, seramai 3,419 orang pemandu teksi, 6,783 buah syarikat bas sekolah dan 931 buah syarikat sas persiaran yang dikenalpasti perlu membuat kemaskini maklumat bagi bantuan PERMAI ini.

Sehubungan itu, APAD memohon kerjasama semua pemandu teksi serta syarikat bas sekolah dan syarikat bas persiaran yang memenuhi kriteria kelayakan agar mengambil tindakan segera mengenai perkara ini.

Katanya, pembayaran kepada semua senarai pemandu yang telah mengemaskini maklumat ini akan dibuat bermula pada 15 Mac 2021. – MalaysiaGazette