Seekor anjing di dalam kandang serigala di Zoo Xiangwushan. foto Agensi

BEIJING – Tindakan Zoo Xiangwushan di Xianning yang menamakan seekor anjing  sebagai serigala mencetuskan perdebatan ramai.

Perkara itu menjadi tular di media sosial apabila seorang pelawat merakam haiwan berkenaan di zoo yang terletak di Hubei.

Dalam rakaman itu, kelihatan seekor anjing kelihatan seperti Rottweiler duduk di dalam kandang.

“Serigala? Adakah anda serigala?,” kata perakam yang menamakan dirinya sebagai Xu.

Rentetan itu, rakaman tersebut menjadi bahan jenaka dan mencetuskan perdebatan sama ada zoo masih diperlukan dalam era pasca-Covid 19 kerana ramai yang bimbang dengan penyelenggaraan haiwan-haiwan berkenaan.

Xu memberitahu Beijing News, dia bertanya kepada kakitangan zoo berkenaan kenapa menempatkan anjing itu di kandang serigala.

Dia dimaklumkan bahawa serigala telah mati akibat faktor usia.

Malah, kakitangan zoo mengesahkan kepada media temptan bahawa haiwan yang berada dalam kandang itu memang anjing dan meletakkannya di situ untuk sementara waktu sahaja.

Melalui laman sesawang Shine.cn news website notes, kakitangan berkenaan menggambarkan zoo itu sedang bergelut dengan masalah kewangan disebabkan jumlah pengunjung yang berkurangan.

Zoo yang mempamerkan singa dan harimau itu mengenakan caj masuk sebanyak 15 yuan (AS$2.30) setiap orang.

Pada tahun 2019, rakaman video serupa menunjukkan seekor anjing peliharaan di kandang serigala di Zoo Jiufengshan di bandar Wuhan.

Pada tahun 2017, sebuah zoo di selatan Guangxi menjanjikan penguin, tetapi pelawat datang hanya melihat pelampung berbentuk haiwan berkenaan. – MalaysiaGazette