Suasana di wad yang menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 menempatkan pesakit dipercayai positif Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu terus menunjukkan penurunan dengan 1,680 kes direkodkan hari ini termasuk 1,677 kes tempatan.

Manakala baki tiga kes adalah kes import.

Jumlah terbaharu ini menjadikan kes jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 311,777 kes.

Angka kes sembuh sebanyak 2,548 kes, sekali gus menjadikan kes sembuh keseluruhan adalah sebanyak 289,452 atau 92.84 peratus.

Kementerian Kesihatan berkata, jumlah kes aktif pula seramai 21, 159 kes dengan jumlah di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 172 kes dan 84 memerlukan bantuan pernafasan.

Status hari ini lebih baik berbanding semalam yang merekodkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 22,034 kes dengan 184 kes positif sedang dirawat di ICU manakala 87 memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian hari ini adalah seramai tujuh orang, bertambah dua kes berbanding semalam.

Setakat ini jumlah kematian adalah sebanyak 1,166 kes. – MalaysiaGazette