Foto Instagram Yatt Hamzah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Yatt Hamzah mengesahkan dia kini sedang hamil kali keenam pada usia 40 tahun.

Berita itu diumumkan sendiri oleh Yatt menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah Allah bagi sihat, kuat dan cergas.

“Walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang je. Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.. Ish ish ishhhh..,” tulisnya.

Pada September tahun lalu, pelakon berkenaan telah mengalami keguguran setelah keracunan makanan.

Sementara itu, Yatt juga memberitahu bahawa dia dijangka bersalin pada bulan Julai ini.

“Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan.. Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni..?

“Apapun Allah bagi bonda OK je Alhamdulillah.. Tak tahulah abahnya.. Hello lil baby In shaa Allah Bonda, abah & all your sisters will see you in July ya.. Stay strong & healthy.. Ameen..,” ujarnya.

Pelakon berkenaan kini sudah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Suci Hanania Malika, Suci Humaira Iqima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaika. – MalaysiaGazette