Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Kermadec pada 8.05 malam ini (waktu Malaysia).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Kermadec pada 8.05 malam ini (waktu Malaysia).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan malam ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 1,154 km selatan dari Laucala, Fiji pada kedalaman 96 km.

MetMalaysia dalam penilaian awalnya mendapati gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.- BERNAMA