Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor telah menahan seorang pegawai kanan Cawangan Logistik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas dakwaan berkaitan tuntutan palsu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail menafikan ada menerima tawaran RM10 juta oleh dua individu yang mempelawanya lompat parti seperti didakwa satu akaun Facebook Ops Johor.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, wakil rakyat PKR itu mengesahkan perkara berkenaan.

“Bagaimanapun, SPRM akan terus menjalankan siasatan terhadap isu ini dengan beberapa saksi kes termasuk keterangan Natrah akan diambil dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Sebelum itu, Natrah telah hadir bagi diambil keterangan berhubung dakwaan yang sama di cawangan SPRM Segamat.

Sehubungan itu, SPRM turut menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahli Parlimen Sekijang buat laporan SPRM dakwa disogok