Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki warga emas yang disyaki mencabul cucu perempuannya yang berumur lapan tahun di sebuah rumah di Taman Perumahan Skudai, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata lelaki berumur 74 tahun itu ditahan pada kira-kira 7.50 malam susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa kanak-kanak itu pada pukul 1.44 tengah hari, semalam.

Beliau berkata warga emas berkenaan dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga cucunya termasuk kanak-kanak itu ketika kedua-dua ibu bapa mereka bekerja.

“Kita terima laporan daripada anak suspek yang berusia 37 tahun, yang mendakwa anak perempuannya itu dicabul datuk kandungnya di dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka, malah kanak-kanak itu mendakwa perbuatan jijik itu berlaku sebanyak tiga kali,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Fariz Ammar berkata kanak-kanak itu dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan int4erim di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, dan nanti akan mendapat rawatan susulan oleh pakar kaunseling dari Unit Psikiatri HSA.

Katanya warga emas itu kini direman selama enam hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.- BERNAMA

1 Komen

  1. Atok tua bangka nafsu syahwat masih kuat hebat tu. Tua -tua keladi semakin tua semakin menjadi-jadi.

Comments are closed.