MGNews : Anak Zahid Minat Labur di Ri-Yaz Assets Bukan Yayasan Akalbudi – Saksi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu anak perempuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan minat untuk melabur dalam syarikat pengurusan hotel, Ri-Yaz Assets.

Saksi pendakwaan ke-93, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Fazli Zulkifli mendedahkan Datuk Nurulhidayah berminat untuk melabur di hotel di Bali, Indonesia itu bukan Yayasan Akalbudi.