Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Makanan II, Datuk Che Abdullah ketika mengadakan lawatan di Ibu Pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bertanggungjawab sepenuhnya menjadi pemborong tunggal benih padi kepada pesawah di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan pesawah mendapat bekalan benih padi berkualiti pada harga berpatutan.

Beliau yakin NAFAS akan dapat mengatasi isu  membabitkan masalah bekalan dan kenaikan harga benih padi sejak dahulu lagi.

“Kita percaya langkah ini dapat menyelesaikan segala isu pesawah termasuk benih padi didakwa dimonopoli pihak tertentu.

“NAFAS akan melaksanakan tugas dengan amanah dan komited berikutan tidak ada kepentingan perniagaan serta agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke projek kebun bandar di Pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Dalam perkembangan sama, Che Abdullah menegaskan projek Kebuniti di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sejak diperkenalkan tahun lalu mendapat sambutan.

Menurutnya, sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk projek berkenaan yang memberi manfaat kepada hampir 28,000 individu menerusi 1,047 komuniti diseluruh negara. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Alhamdulillah… Akhirnya apa yg pernah aku cadangkan dilaksanakan. Mcmni la yg sepatutnya dari dulu lagi. Bila diberikan hanya kpd pengedar tunggal kpd NAFAS, baru la kualiti benih boleh dijaga sepenuhnya. Tidak ada lagi pihak² yg sengaja mengambil kesempatan jual benih padi hampa kpd petani. Sebelum ni byk syarikat dok bohong petani kononnya benih padi yg depa jual berkualiti. Bila kita beli balik pi rendam semuanya bergelampong atas ayaq belaka. Rugi saja ja..

  2. NAFAS nih pun bukan bersih sangat.. harus di perhati secara dekat sebab pengalaman dulu mengajar kita . Jadi rakyat harus jadi pemantau..

Comments are closed.