Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datin Norlia Noah di Depot LRT Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekitar Lembah Klang bermula 5 Mac lalu, penumpang pengangkutan awam di bawah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini mencecah 40 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Datin Norlia Noah, pengguna pengangkutan awam kini dilihat semakin meningkat namun secara perlahan.

Beliau turut menjangka penumpang  Prasarana pada tahun ini tidak akan mencecah 100 peratus sebaliknya hanya 75 peratus sahaja.

“Sudah meningkat sekarang, Februari lalu ada peningkatan sedikit sebenarnya. Tapi kita masih jauh daripada jumlah pendapatan kebiasaannya.

“Sekarang 40 peratus,” katanya menerusi sidang media hari ini.

Prasarana ketika PKP dilaksanakan pertama kali pada Mac yang lalu antara terjejas teruk apabila  kehilangan 95 peratus penumpang pengangkutan awam di bawahnya khususnya RapidKL-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast