Petugas kesihatan bersiap sedia sebelum melakukan kerja-kerja imbasan menggunakan mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) bagi melihat perkembangan keadaan paru-paru pesakit Covid-19 tersebut di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 masih di bawah 2,000 kes buat hari kelima berturut-turut.

Sebanyak 1,448 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini dengan Putrajaya dan Labuan masing-masing sifar kes.

Daripada kes yang direkodkan  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 1,438 kes adalah  penularan tempatan, manakala 10 kes import.

Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 561.

Kes jangkitan negeri-negeri lain ialah Perlis (7), Kedah (20), Pulau Pinang (99), Perak (83), Selangor (561), Kuala Lumpur 103, Putrajaya (0), Melaka (11), Johor (273), Kelantan (19), Terengganu (8), Pahang (1), Negeri Sembilan (10), Labuan (0), Sabah (54), Sarawak (199).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 juga semakin menurun hari ini iaitu 18,010 kes.

Penurunan sebanyak 694 kes berbanding semalam.

Dalam pada itu, sebanyak 2,147 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 298,516 kes.

KKM turut merekodkan sebanyak lima kematian hari ini, selain 151 pesakit Covid-19 yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast