Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi sebagai sangat berjaya.

RIYADH – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi sebagai sangat berjaya.

“Ia sangat berjaya,” kata beliau semasa mengakhiri lawatan pada Selasa (Rabu di Malaysia).

Selain meningkatkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh, lawatan itu juga  membuahkan beberapa hasil positif untuk Malaysia.

Antara perkara penting yang dicapai adalah tambahan 10,000 kuota jemaah haji serta pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) untuk memudahkan proses prapelepasan jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Perkara lain termasuk perbincangan mengenai kemungkinan Arab Saudi meningkatkan import minyak sawitnya daripada 318,000 tan bernilai RM900 juta tahun lepas kepada 500,000 tan dalam masa terdekat

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast