3,000 jururawat meninggal dunia akibat pandemik Covid-19. foto agensi

GENEVA – Sekurang-kurangnya 3,000 jururawat meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19.

Menurut Persekutuan Jururawat Global semalam, angka itu memberi amaran tentang kemungkinan lebih ramai petugas kesihatan yang akan meninggalkan pekerjaan itu kerana trauma akibat pandemik.

Angka itu didedahan selepas genap setahun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapan Covid-19 sebagai satu pandemik.

Majlis Jururawat Antarabangsa menyatakan, keletihan dan tekanan menyebabkan ramai jururawat berhasrat untuk meninggalkan kerjaya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif International Council of Nurses (ICN), Howard Catton berkata, jururawat telah melalui trauma ketika pandemik malah terpaksa bekerja sehingga mereka letih secara fizikal dan mental.

“Kini bilangan jururawat di seluruh dunia adalah sebanyak 27 juta namun, kita telah kekurangan jururawat sebanyak enam juta apabila pandemik berlaku, malah empat juta lagi bakal bersara menjelang tahun 2030,” ujarnya.

Dalam satu laporan, ICN menyatakan pandemik boleh menyebabkan langkah berhenti kerja secara beramai-ramai akan berlaku awal pertengahan kedua tahun ini.

“Maka, kekurangan jumlah jururawat secara global mungkin akan meningkat sebanyak hampir 13 juta. Ini akan menyebabkan kami berada dalam situasi yang berbahaya kerana masa yang ingin diambil untuk melatih jururawat baharu sahaja mengambil masa selama tiga hingga empat tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua jururawat di seluruh dunia telah menjalankan tugas yang menakjubkan dalam membantu memerangi pandemik.

“Mereka juga akan berkongsi platform setara dengan para pencipta vaksin dalam sejarah Covid-19,” tegasnya. -MalaysiaGazette