Sebutan semula kes cabul melibatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditetapkan hari ini ditunda ke 25 Feb depan berikutan masalah kesihatan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjelaskan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi perbadanan itu berkuat kuasa pada 23 Okt 2020.

PR1MA dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Arau itu telah dilantik secara rasmi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula pada tarikh tersebut.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi PR1MA ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat PR1MA di Petaling Jaya semalam.

Pada majlis tersebut, Zuraida turut mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai Pengerusi Perbadanan Perumahan Malaysia berkuat kuasa semalam (9 Mac).

— BERNAMA