Cosmetic entrepreneur, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman or Nur Sajat. foto arkib MalaysiaGazette
Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman

KUALA LUMPUR – Setelah agak lama menghilangkan diri, usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kini kembali aktif di laman Instagram (IG) miliknya.

Menerusi posting terbaharu, Sajjad dilihat memuat naik beberapa video yang mempromosikan produk jualannya hari ini.

“Hai semuanya… Good morning uols, rindu Sajat tak?” tulisnya.

Foto Instagram Muhammad Sajjad.

Pada 23 Februari lalu, Muhammad Sajjad telah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak datang untuk sebutan kes berhubung menghina mahkamah.

Kemudian beberapa hari selepas itu, satu serbuan di kediamannya di Kota Damansara telah dilakukan oleh JAIS dengan bantuan anggota polis pada 27 Februari lalu namun dia  gagal ditemui.

Selain itu, Sajjad turut mencetuskan sensasi apabila tersebar video yang menyatakan dirinya mahu keluar daripada agama Islam. – MalaysiaGazette