Husam Musa

KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti itu, sama ada beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Husam. yang juga Ketua Amanah Kota Bharu itu, berkata beliau mengikut arahan yang ditetapkan pucuk pimpinan sekiranya parti berasakan calon muda serta ‘kuat’ lebih sesuai untuk bertanding PRU15 berbanding beliau.

“Sekiranya betul apa yang dispekulasikan, kita tengoklah macam mana…saya ini hanya ikut perintah sahaja. Kalau ada individu yang lebih muda dan kuat daripada saya…saya tak bertanding pun tak apa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 25 pemandu teksi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di sini, hari ini.

Husam mengulas spekulasi di media sosial yang tular baru-baru ini, mendakwa beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Gombak dibawah tiket PKR bagi menentang bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini ahli Bersatu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast