Prestasi terburuk The Blades dalam sejarah EPL memaksa Wilder berundur sebagai pengurus pasukan itu akhir musim ini.

LONDON – Chris Wilder akan meninggalkan Sheffield United selepas lima tahun mengemudi pasukan itu.

Wilder membuat keputusan untuk berundur dari jawatan sebagai Pengurus The Blades selepas bertanggungjawab sepenuhnya atas prestasi buruk pasukan yang kini menghuni tangga tercorot dan berdepan penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris (EPL).

Wilder yang juga bekas pemain kelab itu menyertai kelab Tokshire itu pada May 2016 dan berjaya membawa pasukan itu beraksi dari Liga Satu ke EPL.

Mereka menamatkan saingan EPL di tempat kesembilan musim lalu namun mengharungi prestasi hambar kali ini.

Kelab itu disifatkan melalui musim terburuk dalam sejarah EPL walaupun berjaya mara ke suku akhir piala FA.

Mereka hanya merekodkan kemenangan pertama pada 12 Januari lalu dalam aksi ke-18 apabila mereka berjaya menewaskan Newcastle United.

The Blades dipuji oleh pengulas dan pemerhati sukan di England berikutan aksi luar biasa mereka di musim pertama sejurus kembali ke EPL.

Bagaimanapun, mereka gagal meneruskan kesinambungan tersebut musim ini dan hampir pasti tersingkir dengan musim EPL berbaki 10 perlawanan lagi.-MalaysiaGazette