Aina Abdul.

KUALA LUMPUR – Saingan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) akan bersiaran secara langsung pada malam ini selepas tertangguh sebelum ini gara-gara penularan Covid-19.

Sebanyak 12 lagu yang akan dipertandingkan setelah melepasi saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik yang berlangsung sebelum ini.

Antara lagu-lagu yang akan bertanding adalah Belenggu Rindu (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah) , 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Nabila Razali), Hutang (Floor 88) dan Kau Sakiti (Amir Masdi).

Selain itu, turut berentap adalah lagu Gundah (Ernie Zakri), Gila (Kaka Azraaf, Noki & Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Eh (Zizi Kirana) dan Aku Bidadari Syurga (Aishah).

Zizi Kirana.

Biarpun prestij AJL 35 kurang dirasai berbanding edisi lalu namun sudah ada yang cuba meramalkan lagu yang akan menjadi juara.

Antara lagu yang disebut-disebut untuk bergelar juara seperti Semalam, 7 Nasihat,  Peluang Kedua, Eh dan Jangan Khianati Aku.

Bagaimanapun, kehebatan lagu-lagu lain juga tidak boleh diketepikan dan setiap lagu mempunyai kekuatan masing-masing.

Bagi kategori Vokal Terbaik pula, berdasarkan lagu dan persembahan yang dilihat sewaktu saingan SFMM, ternyata Azlan & The Typewriter menerusi lagu Jangan Khianati Aku, Ernie Zakri (Gundah) dan Aina Abdul (Semalam) dilihat bakal bersaing sengit.

Apapun, AJL35 kali sudah pastinya berlangsung dalam keadaan yang luar biasa memandangkan tiada kehadiran penonton bagi mengikut Prosuder Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan namun kehangatannya tetap dirasai.

Ernie Zakri.

Ramalan MalaysiaGazette

  • Juara: Semalam (Aina Abdul)
  • Naib Juara: 7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta (Kmy Kmo & Luca Sickta)
  • Tempat Ke-3: Peluang Kedua – Nabila Razali (Hael Husaini & MFMF)
  • Vokal Terbaik:  Ernie Zakri (Gundah)
  • Persembahan Terbaik: Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita (Belenggu Rindu) – MalaysiaGazette