NUR-SULTAN, Kazakhstan – Empat orang terbunuh apabila sebuah pesawat tentera terhempas di tenggara Kazakhstan, menurut seorang pegawai.

Pesawat tentera, An-26, yang digunakan Jawatankuasa Perisikan Nasional Kazakhstan itu dalam penerbangan dari ibu negara Nur-Sultan ke Almaty hilang daripada radar pada jam 5.20 petang semalam waktu tempatan, menurut kenyataan Lapangan Terbang Almaty.

Pesawat milik jawatankuasa perkhidmatan sempadan itu dilaporkan terhempas semasa melakukan pendaratan cemas, lapor agensi berita Anadolu.

Selain itu, dua lagi individu cedera dan dibawa ke hospital. – MalaysiaGazette