M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang pengurus hartanah syarikat minyak dan gas bersama isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) hari ini kerana dipercayai menerima rasuah dan melakukan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah kira-kira RM3.4 juta.

Menurut sumber, pasangan tersebut ditahan kira-kira pukul 2 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Pengurus hartanah itu dikatakan telah menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan selepas mereka dianugerahkan dengan projek pembinaan pam minyak sejak 2017 hingga 2019.

Tambah sumber, wang-wang rasuah tersebut kemudian dipercayai telah diubah oleh suspek seperti dilaburkan dan digunakan untuk membeli kereta mewah.

Katanya, terdapat sejumlah wang kira-kira RM684,000 telah dipindahkan daripada akaun simpanan pasangan tersebut kepada akaun deposit tetap.

Selain itu, suspek juga menyimpan wang tunai berjumlah kira-kira RM1.9 juta serta matawang asing yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM300,000.

Difahamkan, pasangan tersebut akan dihadapkan ke mahkamah Shah Alam esok bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFAPUAA). – MalaysiaGazette