LONDON – Manchester United semakin menghampiri kelayakan Liga Juara-Juara musim depan dengan kemenangan 1-0 ke atas West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Kemenangan ke atas Hammers yang berada di tangga kelima membolehkan United memintas kembali Leicester di tangga kedua, tetapi ketinggalan 14 mata di belakang City.
Walaupun bermain kurang satu perlawanan berbanding City, Red Devils dilihat sukar untuk mengejar anak buah Pep Guardiola, tetapi mempunyai kelebihan sembilan mata ke atas West Ham dalam pemburuan tempat ke Liga Juara-Juara.
City menang 17 daripada 18 perlawanan liga terakhir mereka manakala United sekadar merakam dua kemenangan dalam lapan perlawanan sebelum menamatkan deretan kemenangan ke atas jiran tertangga itu hujung minggu lalu.
Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Leicester 5 Sheffield United 0
Southampton 1 Brighton 2
Arsenal 2 Tottenham 1
– MalaysiaGazette
















