Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing terus menjadi pembeli bersih ekuiti tempatan minggu lalu dengan aliran masuk sebanyak RM240.71 juta, lebih rendah berbanding RM285.83 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research dalam laporan aliran dana minggu hari ini berkata, pelabur asing menjual RM62.93 juta ekuiti tempatan minggu lalu.

Pelabur runcit dan institusi, kedua-duanya menjadi pembeli bersih masing-masing sebanyak RM48.95 juta dan RM13.98 juta dalam tempoh sama.

Firma penyelidikan ini berkata, pelabur-pelabur asing adalah pembeli bersih setiap hari kecuali hari Isnin dan Jumaat minggu lalu.

Prestasi ini dipacu selepas pembukaan semula kegiatan ekonomi banyak sektor serta penurunan jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia.
urunan jumlah kes Covid-19 baru yang direkodkan di Malaysia,” katanya.

Menurut MIDF, setakat ini jualan bersih asing tahun ini turun lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Jualan bersih oleh pelabur asing adalah RM1.17 bilion untuk tahun 2021, berbanding dengan penjualan bersih RM5.21 bilion pada tempoh yang sama pada tahun 2020.

Tambahnya, pelabur runcit juga adalah pembeli bersih setiap hari minggu lalu kecuali hari Selasa.

Belian bersih terbesar direkodkan pada hari Jumaat kepada RM74.73 juta dan belian terkecil pada hari Rabu sebanyak RM4.8 juta.

Manakala, institusi-institusi tempatan adalah penjual bersih setiap hari sepanjang minggu lalu kecuali hari Isnin dan Jumaat.

Aliran keluar kumulatif mingguan adalah sebanyak RM424.04 juta dengan jualan terbesar pada hari Rabu sebanyak RM191.37 juta dan terkecil pada hari Selasa kepada RM110.93 juta.

MIDF berkata, Malaysia dan Thailand adalah negara yang merekodkan aliran masuk pada minggu lalu di pasaran Asia Tenggara.

Dari aspek penyertaan pula, pelabur runcit dan institusi tempatan merekodkan kenaikan nilai purata dagangan harian (ADTV), masing-masing sebanyak 3.26% dan 6.92%

Pelabur asing pula susut sebanyak 22.37%. – MalaysiaGazette