Pemohonan biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) tahun 2021.

Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah diterima JPA sebelum atau pada 9 April ini sama ada secara serahan tangan atau pos.

BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian peringkat sarjana dan enam untuk pengajian di peringkat doktor falsafah di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

Antara bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengisi borang secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai pukul 5 petang hari ini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 atau emel kepada [email protected]. -MalaysiaGazette