TAHUKAH anda, di Malaysia, 1 daripada 5 kanak-kanak di bawah usia 5 tahun mengalami kebantutan, manakala 12.7% daripada kanak-kanak daripada usia 5 hingga 19 tahun mengalami obesiti? Masalah ini lebih ketara di kalangan miskin bandar yang mana kadar ketidak seimbangan nutrisi ini lebih daripada kadar purata kebangsaan.Ā Ini merupakan kajianĀ yang telah dijalankan oleh United Nation Childrenās Fund atau lebih dikenali sebagaiĀ UNICEF pada tahun 2019.
Secara global, 1 daripada 3 kanak-kanak di bawah usia 5 tahun tidak membesar secaraĀ sempurna disebabkan oleh masalah ketidak seimbangan nutrisi, 50% pula berisiko daripada
kelaparan tersembunyi disebabkan oleh kekurangan vitamin dan beberapa nutrien penting danĀ di satu hujung lagi masalah berat badan berlebihan dan obesiti turut meningkat daripada 10%
kepada 20% kanak-kanak berusia 5 hingga 19 tahun.
Ketiga-tiga masalah ini merupakan suatu ancaman yang hebat terhadap kelangsungan hidup,Ā pertumbuhan dan perkembangan generasi muda, ekonomi dan negara secara amnya. Ini
kerana kesihatan merupakan antara faktor utama kemenjadian sesuatu negara dalam pelbagaiĀ bidang. Setiap negara memerlukan rakyat yang sihat untuk menghasilkan generasi yang
produktif dan rakyat yang sihat juga mengurangkan beban kesihatan terhadap negara.
Antara punca yang menyebabkan masalah ini timbul adalah kualiti diet yang rendah diĀ kalangan kanak-kanak bermula daripada kelahiran sehingga mereka dewasa. Hanya 2 dalam
5 bayi di bawah usia 6 bulan yang diberi penyusuan susu ibu secara eksklusif, pengenalanĀ susu formula lebih awal, kurangnya makanan berkualiti seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, pengambilan makanan berproses seperti minuman berkarbonat dan makanan segera.
Pandemik Covid-19 yang bermula awal tahun lalu mengakibatkan masalah yang dihadapi semakin meruncing. Menyedari permasalahan ini, pihak kerajaan telahĀ mengumumkan bantuan terkini yang akan disalurkan kepada rakyat melalui Bantuan PrihatinĀ Rakyat (BPR 2021). Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan Bakul Makanan kepada isi rumah yang layak bertujuan untuk memenuhi keperluan asas bagiĀ meringankan beban penerima bantuan, sebagai salah satu metod sokongan sosial olehĀ kerajaan Malaysia dan sebagai bantuan sementara bagi membantu kadar kelangsungan hidupĀ dan kesejahteran rakyat. Permohonan ini boleh dibuat oleh ketua keluarga atau wakil denganĀ mengisi borang secara atas talian dengan cara melayari jkm.gov.my atau menghubungi pihakĀ JKM negeri.
Bagi kanak-kanak di alam persekolahan pula, pihak Kementerian PendidikanĀ Malaysia telah mengelola, menyelia dan melaksanakan Rancangan Makanan TambahanĀ (RMT) bermula seawal tahun 1979 lagi. Program ini yang bertujuan untuk memberi makanan
tambahan secara imbuhan kepada murid-murid sekolah rendah terutamanya dari luar bandarĀ dan golongan berpendapatan rendah bagi sementara waktu untuk memperbaiki keadaan
kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. Usaha ini juga dijalankan untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi kehiran dan akademik mereka di sekolah. Program RMT ini
bukanlah bertujuan menggantikan makanan yang disediakan oleh ibu bapa atau penjagaĀ murid tetapi sebagai makanan tambahan yang membekalkan 25% hingga 33% jumlahĀ keperluan harian seseorang murid tersebut. Didapati hampir 20% daripada murid hadir keĀ sekolah tanpa sarapan atau makan tengah hari dan sehingga 1 daripada 3 orang muridĀ didapati mengalami kelaparan tersembunyi.
Menurut pekeliling terkini yang diedarkan pada pertengahan tahun 2020 yang lalu,Ā kerajaan malaysia telah menambah baik program RMT dengan memperuntukkan danaĀ tambahan bagi menambah bekalan susu daripada dua kali seminggu kepada setiap hariĀ persekolahan. KPM juga telah menyediakan pilihan 20 menu RMT yang telah dikira kaloriĀ berdasarkan sukatan mengikut keperluan nutrisi kanak-kanak. Terpulanglah kepada kanak-
kanak itu sendiri untuk mengambil peluang yang telah diberi ini untuk mengamalkanĀ pemakanan sihat.
Tabiat pemakanan anak-anak bermula dari rumah. Galakkan anak-anak dan latihĀ mereka agar menyukai sayur-sayuran dan buah-buahan agar pola pemakanan mereka akanĀ lebih seimbang daripada awal. Pemakanan sihat juga tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan masih boleh didapati dengan harga yangĀ mampu milik atau boleh ditanam sendiri di halaman rumah atau terdapat juga sesetengahĀ tanaman yang boleh ditanam menggunakan pasu.
Ini selari dengan firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud,Ā āWahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, danĀ janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yangĀ nyata bagimu.ā Ayat ini menyeru manusia agar mencari makanan yang baik dan halal sertaĀ melarang manusia daripada mengikut jejak langkah syaitan. Maka, menjadi tanggungjawabĀ kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini untuk memastikan generasi kita membesarĀ dengan sihat demi kesinambungan hidup dalam segenap sudut.
Dr Jannatul Madihah binti Abu Bakar
Timbalan Pengerusi WARAK Writers PoolĀ
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) &
Dr Aspalilah Alias
Pensyarah Anatomi, Fakulti Pergigian, USIM
Exco Wanita Remaja dan Kanak-kanak (WARAK),
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).