KUALA LUMPUR – Minat asing terhadap bon tempatan terus mengukuh pada Februari, bulan ke-10 berturut-turut yang menyaksikan pembelian bersih asing, walaupun terdapat lonjakan dalam hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), kata RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings).

Hasil 10 tahun MGS melantun 39.5 mata asas (bps) kepada 3.07 peratus setakat akhir Februari, selepas hasil serantau meningkat seiring dengan kenaikan 10 tahun perolehan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

“Aliran masuk bersih asing (ke dalam negara) bertambah kepada RM7.2 bilion pada Februari berbanding RM3.7 bilion yang dicatatkan semasa bulan sebelumnya, diterajui oleh pembelian MGS dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII), yang merekodkan jumlah sehingga RM5.6 bilion (Januari: RM3.1 bilion),” kata agensi penarafan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut RAM Ratings, pada masa sama, permintaan terhadap kertas kerajaan jangka pendek (Bil Perbendaharaan Malaysia dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia) juga dipercepatkan, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM1.2 bilion (Januari: RM0.4 bilion).

“Memandang ke hadapan, ketidaktentuan yang membawa kepada pengumuman FTSE Russell (dijangka menjelang 29 Mac) mengenai status Malaysia dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia boleh memberi kesan ke atas minat asing pada Mac,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast