Pemain tengah Chelsea, Hakim Ziyech (kiri) meraikan jaringan pertama pasukannya ketika saingan Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid di Stamford Bridge, London

PARIS – Chelsea mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2014 ketika Hakim Ziyech menamatkan kemarau jaringannya ketika memberi inspirasi kemenangan 2-0 mengatasi Atletico Madrid pada perlawanan kedua kelompom 16 terakhir sebentar tadi.

Penyerang Maghribi itu mencipta gol pertama sejak Oktober untuk meletakkan tuan rumah di depan di Stamford Bridge.

Emerson kemudiannya masuk dari bangku simpanan untuk meledak gol lewat permainan yang mengesahkan kemenangan selesa menerusi agregat 3-0 mengatasi pendahulu La Liga itu.

Berikut keputusan perlawanan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi:

Bayern Munich (GER) 2Lazio (ITA) 1

(Bayern Munich menang agregat 6-2)

Chelsea (ENG) 1 Atletico Madrid (ESP) 0

(Chelsea menang agregat 3-0)