MGNews : Ada Kartel Polis? Kalau IGP Tahu Sepatutnya Bawa Ke SPP – Hamzah Zainuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melahirkan rasa pelik beliau akan kehadiran ‘kartel PDRM’ yang disebut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Hamzah berkata sekiranya dakwaan Abdul Hamid itu benar, beliau sepatutnya membawa perkara itu dalam mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang diadakan dua bulan sekali.