Foto Instagram Sharnaaz Ahmad.

KUALA LUMPUR – Bekas suami Noor Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad mengucap tahniah kepada bekas isterinya yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini.

Sharnaaz juga berharap kakak kepada selebriti Neelofa dan Engku Emran akan menempuh alam rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat.

“Selamat pengantin baru Nabila dan Emran… semoga berbahagia ke anak cucu.

“Jaga Jebat elok-elok na…” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Sharnaaz dan Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Julai tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden.

Sementara itu, Noor Nabila, 36, melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, pagi tadi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini.  – MalaysiaGazette