Mun Chol Myong extradition money laundering Malaysia USA United States America fires short range missile missiles Mun Chol Myong The North Korean flag is at the at the North Korea Embassy in Kuala Lumpur. FILE PIX: SAFWAN MANSOR / MalaysiaGazette / 05 MARCH2017 sever diplomatic ties Malaysia North Korea extradition to the United States of America USA Bendera kebangsaan Korea Utara dilihat berkibar di Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 MAC 2017
Gambar hiasan

SEOUL – Korea Utara menyatakan ia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas sebuah mahkamah di Malaysia mengarahkan seorang lelaki warga Korea Utara diekstradisikan ke Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan agensi Korean Central News Agency (KCNA), Kementerian Hal Ehwal luar Korea Utara menyatakan lelaki tersebut didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram.

“Semalam pihak berkuasa Malaysia telah melakukan kesilapan yang tidak boleh dimaafkan dengan menyerahkan warga Korea Utara yang tidak bersalah kepada AS.

“Dengan ini, kami mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia,” menurut kenyataan itu yang menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan untuk bermusuhan dengan Pyongyang dengan tunduk kepada tekanan AS.

Sehubungan itu, menurut laporan KCNA, Korea Utara turut memberi amaran kepada AS dengan mengatakan ‘Washington akan menanggung padahnya’.

Korea Utara turut menafikan isu itu dan berpendapat ia merupakan satu muslihat yang dilakukan untuk mengaitkan mangsa dengan pengubahan wang haram.

Pada 3 Mac lalu, seorang rakyat negara itu yang dikenali sebagai Mun Chol Myong gagal dalam rayuannya di mahkamah Malaysia untuk mengelak diekstradisi ke AS atas dakwaan melakukan penggubahan wang haram.

Lelaki itu yang tinggal di Malaysia selama lebih sedekad bersama keluarganya ditahan pada 2019 susulan permohonan ekstradisi dari Washington. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.