Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia

KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyambut baik inisiatif Kementerian Pelancongan dan Budaya (MOTAC) yang akan merangka 13 prosedur operasi standard (SOP) yang menjadi garis panduan kepada pengusaha pelancongan dalam situasi pandemik Covid-19.

Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun menaruh sepenuh kepercayaan kepada MOTAC bagi merangka SOP dengan mengambil kira segala aspek keselamatan dan kesejahteraan sebelum industri pelancongan dibuka sepenuhnya.

“Dengan adanya SOP ini, pelancong domestik dan antarabangsa akan merasa bertambah yakin, percaya dan keselamatan terjamin untuk melancong di dalam negara kita dengan ada SOP yang telah rangka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Khalid, pemandu pelancong dan bas adalah individu yang penting bagi memastikan segala SOP Pelancongan diikuti oleh pelancong semasa berada di dalam negara ini.

“Saya juga berharap agar MOTAC mengadakan satu sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan bagi menerangkan secara terperinci kesemua SOP yang akan menjadi garis panduan semasa melancong di Malaysia.

“Semua persatuan pelancongan yang berada di Malaysia, rata-rata ahli-ahli mereka tidak sabar menunggu kesemua SOP yang dirangka oleh MOTAC untuk digunapakai dalam situasi norma baharu bagi menyambut kedatangan pelancong kelak,” katanya.

Menurut, langkah yang dibuat menunjukkan MOTAC sedar dan prihatin terhadap para penggiat industri yang sememangnya sangat terkesan dalam mendepani impak Covid-19.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast