JAKARTA – Mahkamah Indonesia membenarkan permohonan seorang askar wanita untuk menukar jantina dalam pendaftaran rasmi susulan keadaan kongenital iaitu keadaan atau penyakit semasa kelahiran yang jarang berlaku.
Mahkamah daerah Tondano di wilayah Sulawesi Utara juga semalam turut membuat keputusan untuk menukar nama Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang kepada Aprilio Perkasa Manganang.
Keputusan itu diputuskan oleh Jakim Nova Loura Sasube.
“Mahkamah membenarkan pemohon Aprilia Santini Manganang menukar jantina daripada wanita kepada lelaki,” kata Nova dalam perbicaraan secara maya.
Perbicaraan turut dihadiri Ketua Staf Angkatan Darat, Jeneral Andika Perkasa dari ibu pejabat tentera di Jakarta.
Aprilio yang juga bekas pemain pasukan bola tampar wanita Indonesia, telah menjalani pembedahan hypospadias untuk membetulkan kecacatan di bahagian luaran kemaluan lelaki.
Hakim memutuskan bahawa Aprilio kini memegang hak dan tanggungjawab sebagai lelaki.
Sementara itu, Aprilio, yang telah menjalani hidup sebagai seorang wanita selama 28 tahun merakamakan ucapan terima kasih di atas keputusan mahkamah.
“Saya harap keputusan ini akan menjadi permulaan yang baik untuk masa depan dan permulaan yang baharu,” katanya.