Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang mengesan seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan kes jenayah komersial dan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33, yang beralamat terakhir di Trigon Residence, Puchong, Selangor itu dipercayai masih berada di negeri tersebut.

“Lelaki ini yang merupakan pengasas Winner Dynasty Group dikehendaki untuk siasatan mengikut Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi ASP V. Prakash menerusi talian 012-5209767 atau balai polis berhampiran.- BERNAMA