Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan wanita dicabul ahli politik di kediamannya di Taman Bukit Melawati pada Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, laporan itu dibuat wanita berusia 48 tahun itu pada 16 Mac lalu.

Dalam laporan itu, wanita berkenaan mendakwa kejadian berlaku di antara Julai atau Ogos tahun lalu ketika mangsa dan suaminya telah dilawati oleh rakan baik mereka yang juga seorang ahli politik bersama isterinya di kediaman mereka.

Wanita berkenaan melaporkan kejadian berlalu pada awal pagi pagi ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat satu.

Mangsa mendakwa dirinya telah dicium selain payudaranya diramas oleh suspek.

“Pada awal pagi, semasa mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat satu, tiba-tiba tersedar dan merasai mangsa dicium dan payudara telah diramas.

“Setelah suspek menyedari mangsa tersedar dari tidur, suspek terus turun ke bawah untuk pulang ke rumah bersama isterinya.

“Pengadu takut untuk membuat sebarang aduan polis selama ini kerana bimbang akan merosakkan hubungan di antara pengadu dan suspek,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Mohamad Farouk lagi, mangsa turut mendakwa dirinya tidak pasti akan tindakan yang perlu diambil memandangkan suspek adalah ahli politik yang berpengaruh di negeri di Pantai Timur.

Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dijalankan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Rumah milik mangsa… tapi mangsa tidur di ruang tamu… mangsa tidur sorang ke… suami mangsa tidur mana… musykil jugak ni…

Comments are closed.