MGNews : Minta Maaf, Saya Berhak Kongsi Isu Kartel PDRM Dengan Orang Ramai – KPN

Tan Sri Abdul Hamid Bador mencabar pegawai yang terbabit dalam Kartel PDRM supaya membuktikan tindakan pembongkaran beliau tentang budaya salah laku membabitkan pegawai kanan polis adalah kesalahan serius.

Ketua Polis Negara itu berkata tindakan beliau mendedahkan budaya kutip duit dan ugutan oleh pegawai dan anggota dari peringkat bawah ke tinggi melibatkan kartel PDRM bertujuan menghapuskan salah laku itu untuk menjamin perkhidmatan yang cemerlang, telus dan berintegriti untuk rakyat di negara ini.