Percutian bulan madu Risteena dan Isa menjadi pertikaian netizen ketika PKPB.

KUALA LUMPUR – Pelakon Risteena Munim menjelaskan tujuan dia dan  suaminya, Isa Khan pergi ke Sabah adalah atas urusan kerja.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

“Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah dapatkan surat merentas untuk tujuan kerja.

“Saya yakin pihak polis lebih arif, jadi saya fikir tak perlu post tentang kerja di IG saya hanya untuk puaskan hati semua orang,” jelasnya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan pasangan tersebut pergi ke Sabah untuk berbulan madu.

Berikutan itu, Risteena dan Isa telah dikecam memandangkan merentas negeri masih lagi tidak dibenarkan, kecuali atas-atas sebab tertentu dan mendapat kebenaran polis.

Dia memohon agar semua pihak membuat spekulasi yang tidak betul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast