KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 452,919 individu telah menerima dos vaksin sehingga semalam.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, 422,058 sudah mendapat suntikan pertama, manakala 30,861 lagi dos kedua.
Rakyat Selangor antara yang tertinggi sudah menerima suntikan dos pertama vaksin iaitu 55,763 orang dengan 1,017 dos kedua, diikuti Perak (49,053 / 2,363), Kuala Lumpur (36,616 / 2,722) dan Pahang (33,257 / 3,677).
Negeri lain ialah Johor 33,257 dos pertama dengan 2,609 dos kedua, Pulau Pinang (29,568 / 721), Kedah (26,287 / 1,896), Kelantan (19,716 / 1,879), Terengganu (19,090 / 442), Negeri Sembilan (17,884 / 530), Melaka (10,727 / 367), Perlis (9,526 / 504) dan Putrajaya (4,605 / 519).
Sabah pula antara ketiga tertinggi iaitu 40,842 dos pertama dengan 1,167 dos kedua, manakala Sarawak seramai 36,913 dos pertama, 9,537 dos kedua dan Labuan 2,343 (911 dos kedua).
Beliau turut menyeru orang ramai mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula April hingga Ogos ini di aplikasi MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau Hotline 1800888828 dan Klinik Kesihatan kerajaan berdekatan.
Kata Dr. Adham, menerusi info di laman berkenaan, orang ramai boleh mengetahui dengan jelas kumpulan berisiko tinggi yang perlu divaksin, selain kontraindikasi vaksin. – MalaysiaGazette