Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak turun 1% dalam dagangan hari ini susulan kebimbangan usaha menangani pandemik dan pelan vaksinasi yang perlahan di Eropah.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat untuk penghantaran Mei turun AS$0.62 atau 1%, kepada AS$ 60.94 setong pada 0149 GMT.

Kontrak April berakhir pada hari Isnin kepada AS$61.55, naik AS$0.13 daripada hari Jumaat, setelah menjunam lebih daripada 6% minggu lalu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent untuk Mei turun AS$0. 68 atau 1.1% kepada AS$ 63.94, menghapus kenaikan AS$0.09 pada sesi sebelumnya.

“Penurunan ini disebabkan isu pelaksanaan vaksinasi dan sekatan pergerakan di Eropah,” kata Lachlan Shaw, Ketua Penyelidikan Komoditi National Australia Bank.

Jerman, pengguna minyak terbesar di Eropah, dijangka melanjutkan sekatan membeli-belah dan perjalanan ke bulan April untuk membendung gelombang ketiga jangkitan Covid-19, yang menyebabkan para ahli ekonomi menurunkan ramalan pertumbuhan. – MalaysiaGazette