Maria Van Kerkhove. foto Agensi

GENEVA – Jumlah kematian global mingguan akibat Covid-19 meningkat lagi, sekali gus menimbulkan kebimbangan selepas enam minggu menunjukkan penurunan.

Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal Covid-19 di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, peningkatan ini susulan kenaikan kes pada lima minggu berturut-turut di seluruh dunia.

Menurutnya, jumlah kes dilaporkan meningkat di empat daripada enam wilayah WHO, walaupun terdapat variasi yang signifikan di setiap wilayah.

Pada minggu lalu, kes meningkat 8 peratus.

“Di Eropah naik 2 peratus, didorong oleh beberapa negara,” kata Van Kerkhove.

Peningkatan ini disebabkan sebahagiannya daripada penyebaran varian yang pertama kali muncul di Britain dan sekarang beredar di banyak tempat lain, termasuk Eropa timur.

Asia Tenggara mencatatkan lonjakan 49 peratus pada minggu ke minggu bagi kes jangkitan yang disahkan, sementara wilayah Pasifik Barat WHO melaporkan kenaikan 29 peratus sebahagian besarnya didorong oleh Filipina, kata Van Kerkhove.

Wilayah Mediterranean timur menyaksikan kes bertambah 8 peratus, sementara jumlah kes yang dilaporkan di Amerika dan Afrika menurun.

“Saya ingin menyebutkan bahawa sudah sekitar enam minggu kita melihat penurunan kematian. Dan pada minggu terakhir, kami melihat sedikit peningkatan kematian di seluruh dunia dan ini memang dijangkakan jika berlaku peningkatan kes.

”Tetapi ini juga merupakan tanda-tanda yang membimbangkan,” ujarnya.

Ketua Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan mengakui desakan dalam kalangan masyarakat di banyak tempat untuk menarik balik peraturan ketat pandemi.

Ryan menegaskan pelonggaran seharusnya seiring dengan langkah-langkah seperti pengawasan kes yang ketat dan tahap vaksinasi yang tinggi.

Bagaimanapun, katanya, vaksin sahaja tidak akan mencukupi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast