Lembaga Peperiksaan

KUALA LUMPUR – Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 akan bermula pada 29 Mac hingga 07 April 2021.

Seramai 7,277 orang calon telah mendaftar untuk menduduki STAM tahun 2020 di 236 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara.

Menurut kenyataan, Lembaga Peperiksaan (LP), seramai 1,144 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Sementara itu, LP mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan STAM 2020 mengenai tarikh dan masa peperiksaan berlangsung.

Calon turut diingatkan untuk membawa Dokumen Pengenalan Diri, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 ke pusat peperiksaan.

Jadual waktu peperiksaan tersebut boleh dimuat turun dari portal LP di http://lp.moe.gov.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast